Blogs Ads

Sunday, 30 September 2012

Apa itu Al Quran dan Sunnah Waljamaah?

Sebagai orang Islam,hidup kita adalah berpandukan kepada Al Quran dan Sunnah Waljamaah,namun ada segelintir yang belum faham maknanya,dan mengapa kita perlu kembali kepada al Quran dan Sunnah.

Berikut sedikit penerangan mengenai Al Quran dan Sunnah Waljamaah.

Al-Quran atau Quran (bahasa Arab: القرآن al-Qur'ān) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar.

Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.
Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan Kamilah yang akan menjaganya". (Al-Hijr 15:9)
Lafaz Al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah.
Ini berdasarkan firman Allah:
"Sesungguhnya Kamilah Yang Berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (Surah Al-Qiyamah, 75:17-18)

Sunnah Waljamaah ialah , ( menurut para ahli hadis), Sunnah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW yang merupakan perkataan, perbuatan, ketetapan, peribadi, akhlak, mahupun perilaku, baik sebelum mahupun sesudah dilantik menjadi Rasul.* Dalam hal ini, pengertian Sunnah menurut mereka adalah sama dengan hadis (Mushtafa as-Sibai, "As Sunnah wa Makanatuha Fit-Tasyri'il Islami"). Sunnah ini disampaikan melalui persetujuan para sahabat Rasul. *

Sunnah bererti “cara” atau “kebiasaan”, dan dengan itu, sunnah nabi bererti “cara nabi”, atau apa yang biasa dikenali sebagai kebiasaan Rasul. Secara bahasa, As Sunnah adalah "ath-thariqah" yang bererti perkaedahan, kebiasaan, perjalanan hidup, atau perilaku, baik yang terpuji mahupun yang tercela. "Kata sunnah berserta segala kelainannya disebutkan berulang-ulang dalam hadis, yang erti asalnya ialah 'perjalanan hidup' dan 'perilaku'."

Oleh itu wahai muslimin dan muslimat,jangan lah meragui kandungan isi Al Quran,kerana sampai hari kiamat pun Al Quran akan tetap terpelihara dan tidak akan berubah isinya walau sedikit pun.

ingatlah tentang azab Allah yang dahsyat...Nauzubillah....


Disclaimer

Wallahualam bisawab...semua yang dituliskan di blog ini berdasarkan kefahaman dari informasi yang sahih menurut ahli sunah waljamaah iaitu berpandukan al Quran dan hadis sahih,bukan dari andaian maupun dongengan semata-mata.

setiap kepercayaan adalah keimanan kepada agama Allah,...

apakah masih ada diantara kalian yang berani meniadakan kekuasaanNya serta berani mempertikaikan kebenaran serta kehendakNya?

saya mungkin tersilap ejaan atau penulisan cerita...sila betulkan...

mari kongsi ilmu yang sahih dan sejati ,
bukannya dengan marah dan iri hati.

terima kasih wahai saudara-saudari muslimku..