Blogs Ads

Wednesday, 8 May 2013

Himpunan Surah-Surah amalan selepas solat Fardhu & Sunat

Untuk sekalian muslimin dan muslimat yang di rahmati Allah,saya senaraikan antara surah-surah yang biasa kita baca dan dengar tapi ada yang kurang tahu lagi betapa 'besar' nya khasiat yang terkandung dalam surah-surah ini jika anda amalkan sebagai amalan harian,

marilah kita 'top up' pengetahuan dan ilmu didalam dada kita,mudah-mudahan surah-surah ini akan dapat membantu sesiapa yang dalam kesempitan hidup,sukar dapat rezeki,pelindung bahaya,mudah urusan,jauh dari gangguan jin,syaitan & sihir,menjauhi sifat was-was,cepat di kabulkan doa,melangsai hutang,menjadi kaya dan penawar pelbagai penyakit.

Surah amalan selepas Solat Fardhu & Sunat

Surah Al Fatihah
1) amalkan 7x setiap selepas solat fardhu, maka terhindar dari segala bencana,dihilangkan kesusahan hidup,rumahtangga dan keluarga.

2) amalkan 20x setiap selepas solat fardhu,maka selamat dari ancaman musuh dan bahaya,beroleh kemajuan serta dimurahkan rezeki.

3) baca 41x sesudah solat subuh,maka akan dimudahkan rezeki,di lunaskan hutang,di sembuhkan sakitnya,di kuatkan badannya,di hormati dan di senangi.

Surah Al Humazah
1) baca sebanyak-banyaknya setiap selesai sembahyang sunat,Allah akan lapangkan rezekinya serta di beri harta yang banyak.

Surah Al Insyirah
1) baca sebanyak-banyaknya setiap selesai solat fardhu,maka akan dimudahkan dalam segala urusan.
  

 Beruntung nya sebagai orang Islam,kita ada kemudahan yg di sediakan oleh Allah untuk hamba-hambanya,marilah manfaatkan lah surah-surah ini untuk kebaikan hidup anda dan keluarga,

Artikel-artikel yang mungkin berkaitan:-

Antara sebab-sebab doa & amalan tidak di terima

Golongan orang-orang yang di laknat Allah


Surah-surah amalan harian dan khasiatnya



Disclaimer

Wallahualam bisawab...semua yang dituliskan di blog ini berdasarkan kefahaman dari informasi yang sahih menurut ahli sunah waljamaah iaitu berpandukan al Quran dan hadis sahih,bukan dari andaian maupun dongengan semata-mata.

setiap kepercayaan adalah keimanan kepada agama Allah,...

apakah masih ada diantara kalian yang berani meniadakan kekuasaanNya serta berani mempertikaikan kebenaran serta kehendakNya?

saya mungkin tersilap ejaan atau penulisan cerita...sila betulkan...

mari kongsi ilmu yang sahih dan sejati ,
bukannya dengan marah dan iri hati.

terima kasih wahai saudara-saudari muslimku..